Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki `Mesin’ Hasilkan Anak Kini Miliki 54 Anak

rooney

Siapa sangka, lelaki ini Declan Rooney adalah `mesin’ menghasilkan anak dan dia kini adalah bapa kepada 54 anak.

Bagaimana Rooney melakukannya? Dia menderma air maninya kepada wanita yang sukar memperolehi anak.

Tahun ini sahaja, Rooney telah menjadi bapa kepada 31 anak. Rooney juga mempunyai laman web sendiri dan aplikasi telefon pintar bagi menawarkan perkhidmatan air mani dan alternatif percuma untuk klinik.

Dia juga tidak berhasrat untuk menghentikan perkhidmatannya meskipun mendapat tentangan daripada aktivis.

Rooney, 43, yang mempunyai lapan orang anak sendiri daripada empat wanita menegaskan dia melaksanakan syarat yang ketat untuk perkhidmatan yang ditawarkannya termasuk tidak melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.

Sementara wanita yang mengandungkan anaknya juga dilarang merokok.

Rooney juga menyelidik latar belakang pasangan yang mendapatkan khidmatnya bagi memastikan mereka mampu memelihara bayi berkenaan.

“Semua penerima perkhidmatan ini saling berhubung dengan saya dan semua bayi sihat. Mereka juga sering menghantar maklumat mengenai perkembangan bayi berkenaan.

“Bayi pertama dilahirkan pada Disember 2014 dan seorang lagi akan lahir bulan ini,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan