Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki meragut beg ditangkap Polis

9:34pm 08/01/2016 Ann Vivien 661 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan beg sandang dan wang tunai yang berjaya di jumpai semula.

Douglas menunjukkan beg sandang dan wang tunai yang berjaya di jumpai semula.

KENINGAU: Seorang lelaki  warga Filipina dicekup polis kerana disyaki meragut beg sandang seorang lelaki tempatan di luar salah sebuah pusat hiburan di pekan ini lebih kurang jam 2.15 pagi pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, bertindak atas maklumat suspek berumur 31 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan dokumen itu ditahan polis peronda berdekatan bulatan Kg. Masjid di sini selang beberapa minit selepas kejadian.

Katanya, semasa pemeriksaan dibuat pihak polis telah mejumpai sebuah beg sandang warna kelabu kehijauan yang masih dipegang oleh suspek yang mengandungi satu kad pengenalan, satu kad ATM Public Bank,  satu kad Maybank dan wang tunai RM188.00.

“Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Jumaat.

Jelas Douglas,  kejadian berlaku semasa mangsa Charlie Julian @ Francis 23, dari Kg. Biah Tengah dalam perjalanan ke keretanya yang diletakkan lebih kurang 50 meter dari salah sebuah pusat hiburan berkenaan.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan