Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki menyamar sebagai polis ditahan

9:52pm 22/02/2016 Leolerry Lajius 322 views Jenayah,Tempatan
Peralatan milik suspek yang dirampas pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Peralatan milik suspek yang dirampas pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan kerana didapati memilik barangan milik polis.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, lelaki tersebut ditahan pada 17 Februari yang lalu ketika pihak polis melakukan rondaan rutin di kawasan Skim Penempatan Telipok.

“Ketika rondaan tersebut pihak polis telah menahan seorang lelaki yang memandu kenderaan D’Max berwarna hitam kerana memakai T-shirts polis dan di hadapan cermin kenderaan tersebut turut terdapat sticker polis,”katanya.

Apabila ditahan, lelaki tersebut mengaku sebagai seorang anggota polis tetapi selepas disoal siasat dakwaan lelaki tersebut adalah tidak benar.

Hasil pemeriksaan pihak polis, gari, sarung gari, tiga helai T-shirts polis dan sticker polis juga turut ditemui di dalam kenderaan tersebut.

Menurut Chandra, kes serupa juga pernah berlaku sebelum ini iaitu sebanyak 4 kes pada tahun lalu dan 5 kes pada tahun 2014.

“Saya ingin menyeru kepada para peniaga agar tidak menjual atau memberikan apa-apa barang atau peralatan polis kepada individu yang tidak mempunyai kad pengesahan sebagai anggota polis bagi mengelakkan kes serupa berulang,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Kenderaan milik suspek yang dirampas oleh pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Kenderaan milik suspek yang dirampas oleh pihak polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan