Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki mengebumikan anak ditahan polis

12:34am 04/12/2015 Ann Vivien 1073 views Jenayah

polis

KOTA KINABALU:  Polis menahan seorang lelaki yang mengebumikan anak lelakinya berusia enam tahun yang terbunuh akibat terkena letupan bom ikan di Semporna semalam tanpa membuat laporan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan selepas menerima maklumat orang awam mengenai kematian kanak-kanak itu di sebuah rumah setinggan atas air di Kampung Hidayat di Pulau Bum-Bum.

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur mangsa bagi tujuan bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian semalam, sembilan anggota dari satu keluarga cuba memasang perkakas bom ikan dan ketika memasangnya ia tiba-tiba meletup.

Menurutnya empat anggota keluarga mengalami kecederaan dan mereka telah melarikan diri kerana dipercayai tidak memiliki kad pengenalan diri.

“Siasatan awal menunjukkan bom ikan itu meletup secara tiba-tiba ketika kanak-kanak lelaki itu cuba mencampaknya ke dalam air,” katanya.- BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan