Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki mengamuk tetak ibu, abang

tetak ibu dan abang

Kuala Lumpur: Seorang lelaki tergamak menetak ibu dan abangnya selepas dia mengamuk
dan cuba membunuh diri dengan membakar kediaman mereka di di Taman Bukit Anggerik,
Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 2.40 petang tadi, lelaki berusia 50 tahun bekerja sebagai buruh
kontrak dipercayai bertindak sedemikian ketika di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Cheras Senior Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata,
kedua-dua mangsa berusia masing-masing 80 tahun dan 60-an cedera di kepala kini
stabil selepas dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan namun dipercayai suspek dibawah
pengaruh dadah.

“Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326/436 Kanun Keseksaan,”
katanya.- myMetro

Komen


Berita Berkaitan