Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki mengamuk maut ditembak

lelaki ditembak polis

TAWAU: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati ditembak selepas mengamuk di Kampung Andrassy, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, suspek berusia 30-an itu turut mencederakan seorang anggota polis.

Sebelum itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sehingga menyebabkan pekerja di ladang sawit berhampiran kampung itu menghubungi polis.

Sepasukan polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan keadaan sebelum suspek menyerang mereka dan melibas seorang anggota menggunakan sabit sehingga cedera di lengan kanan.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Komen


Berita Berkaitan