Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki mengaku tidak bersalah menyimpan barang curi

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini, atas kesalahan menyimpan barang curi.

Phang Kai Shen, 23 didakwa menyimpan sebuah unit Portable Wifi TM, sebuah unit bateri jenama Koss, dua unit CPU jenama Asus, sebuah unit decoder CCTV, sebuah unit papan kekunci, sebuah unit tetikus dan sebuah unti printer jenama Brother kepunyaan Syarikat Well Machinery.

Phang didakwa melakukan kesalah tersebut di hadapan Pharmaniaga Kolombong, Inanam pada jam lebih kurang 11 pagi pada 17 Februari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan 29 Mac, tahun ini sebagai pengurusan kes dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan