Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Mempunyai Rahim, Meskipun Ada Organ Normal Lelaki

lelaki ada rahim.

Lancashire – Seorang lelaki berusia 37 tahun yang menyangka dia menghidap kanser selepas mendapati air kencingnya mengandungi darah, terkejut apabila doktor memaklumkan dia sebenarnya mempunyai rahim dan darah berkenaan adalah darah haid.

Ia didedahkan selepas lelaki itu yang juga seorang ahli perniagaan menjalani MRI kerana doktor pada mulanya menyangka dia menghidap penyakit batu karang.

Selepas pemeriksaan, doktor amat terkejut kerana selain memiliki organ lelaki, dia juga mempunyai uterus, fallopian dan ovari.
Malah dia juga mampu mengandung.

“Saya mengalami simptom yang aneh sejak remaja tetapi doktor selama ini tidak mengetahui puncanya.

“Saya juga sering mengalami sakit perut,’’ katanya yang enggan didedahkan identiti.

Lelaki berkenaan kini bersiap sedia untuk menjalani pembedahan membuang rahim, namun doktor memberi amaran dia bakal berdepan proses menopause sebaik sahaja prosedur tersebut berakhir.

Sindrom ini dipercayai amat jarang ditemui dan ia biasanya dikesan ketika kanak-kanak atau ketika usia baliqh.

Selepas pembedahan itu, lelaki berkenaan juga akan menjalani imbasan genetik bagi mengetahui keseimbangan gender dalam badannya.

“Kemungkinan ujian itu akan menunjukkan sama ada saya lelaki atau wanita namun saya kini menjalani hidup sebagai lelaki sepenuhnya.

Jika ujian itu menunjukkan saya wanita, saya masih akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan