Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki melecur, rumah kayu terbakar

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Tawau selepas tangan kirinya melecur terkena api dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Batu 15 Jalan Apas, di sini pada awal pagi ini.

Mohd. Safarin Idris, 21, hanya mengalami kecederaan ringan itu apabila rumah kayu didudukinya terbakar dalam kejadian tesebut.

Jurucakap bomba berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.19 pagi dan tiba di lokasi pada 3.52 pagi dengan kekuatan anggota seramai 14 orang bersama dua jentera dan sebuah unit EMRS.

Menurutnya, api berjaya di kawal beberapa minit kemudian manakala punca dan jumlah kerugian sedang disiasat. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan