Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki melecur dalam kejadian rumah musnah terbakar

9:17pm 26/01/2016 Leolerry Lajius 67 views Tempatan
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.

TUARAN: Seorang lelaki  melecur di bahagian belakang dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Bungolou Lama Kiau, pagi tadi.

Mangsa Emanuel Tainzin, 33 mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut.

Pihak bomba terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer untuk sampai ke lokasi kejadian kerana jentera tidak sampai ke lokasi disebabkan laluan jalan yang sempit selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.41 pagi.

Apabila pihak bomba tiba ke lokasi kejadian rumah tersebut telah musnah terbakar dan mangsa yang cedera pula sedang dirawat sementara menunggu ketibaan jentera EMRS sampai ke lokasi melalui jalan alternatif Tuaran-Ranau.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan