Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki melecur bangunan syarikat minyak dan gas terbakar

Anggota bomba berusaha memadam api dalam kejadian kebakaran di sebuah premis syarikat minyak dan gas di Saguking Warehouse, Jalan Patau-Patau, Labuan. – Foto ihsan Bomba

 

LABUAN: Seorang pekerja melecur pada tangan selepas satu lot bangunan syarikat minyak dan gas tempatnya bekerja di Saguking Warehouse, Jalan Patau-Patau, di sini, hari ini, terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa berusia 31 tahun itu diselamatkan bersama empat wanita lain yang dipercayai menyewa di sebelah lot bangunan yang terbakar.

Difahamkan, lelaki itu cedera ketika memadamkan kebakaran daripada merebak, namun api terkena tangannya menyebabkan dia cedera sebelum dihantar ke Hospital Nukleus Labuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, [email protected] Madasin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.07 petang dan seramai 33 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Anggota bomba berusaha memadam api dalam kejadian kebakaran di sebuah premis syarikat minyak dan gas di Saguking Warehouse, Jalan Patau-Patau, Labuan. – Foto ihsan Bomba

 

“Laporan diterima daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) oleh anak pemilik premis menyatakan ada kebakaran di bangunan premis mereka.

“Difahamkan, pada awalnya kebakaran itu berjaya dipadam oleh pekerja namun tiba-tiba asap tebal keluar menyebabkan mereka semakin sukar memadamkannya,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Jainal berkata, hasil pemantauan, empat wanita berusia 20-an tinggal menyewa bersebelahan lot terbakar di tingkat satu bangunan itu terperangkap.

“Kerja menyelamatkan semua mangsa segera dilakukan sebelum operasi memadamkan api dimulakan.

“Asap tebal kelihatan keluar dari lot bangunan itu disebabkan terdapat bahan yang disimpan dalam premis itu diperbuat daripada getah, tabung alat pemadam api jenis karbon dioksida dan ABC Powder serta Pryrotechnic,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 5.48 petang namun premis itu terbakar 100 peratus.

“Lima mangsa diselamatkan termasuk seorang pekerja lelaki yang melecur pada tangan,” katanya sambil menambah punca kebakaran masih dalam siasatan. – Oleh Norasikin Daineh/BH Online

Komen


Berita Berkaitan