Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki maut tersepit jentera berat

Keadaan mangsa yang tersepit pada jentera berat.
Keadaan mangsa yang tersepit pada jentera berat.

 

PENAMPANG: Seorang pemandu jentera berat maut kerana tersepit pada jentera itu dalam kejadian kemalangan di kawasan penarahan bukit Kampung Kivatu Penampang.

 

Mangsa Hendrik Mangasik,42 tahun maut apabila tersepit dan dihimpit oleh jentera berat yang dipandu mangsa.

 

Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu  memotong rangka jentera berat tersebut menggunakan hydrolic cutter untuk mengeluarkan mangsa.

 

Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri itu kemudiaannya diserahkan kepada pihak hospital dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan