Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Terkena Tiga Das Tembakan Di Miri

lelaki maut

MIRI– Seorang lelaki maut selepas ditembak dua lelaki dalam kejadian di Kampung Lusut, Taman Tunku, di sini Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata mangsa, Chiong Siong Yu, 45, dari Jalan Pujut 1, meninggal dunia di hospital selepas terkena tiga das tembakan di bahagian kanan muka dan bahu kiri.

Mangsa ditemui ditembak di sebuah kawasan yang dipercayai lokasi aktiviti sabung ayam dan siasatan polis di situ menemukan sembilan kelongsong peluru .45mm serta sebutir peluru hidup, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Menurutnya siasatan awal polis juga mendapati mangsa ditembak oleh dua suspek bertopeng yang masing-masing membawa pistol.

Mengulas kes berbeza, Gan berkata seorang lelaki berusia 37 tahun maut selepas dibelasah dua lelaki yang bersenjatakan parang panjang dan besi di belakang bangunan Bright Inn, Jalan Merpati, pukul 5 petang semalam.

Lee Hua Dung dari Piasau sempat melarikan diri ke sebuah kedai runcit berhampiran sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri, katanya.

Menurut Gan, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Miri.

Siasatan polis mendapati mangsa diserang sebanyak dua kali oleh suspek yang sama iaitu kali pertama pada pukul 3.30 petang dan kali kedua pukul 5 petang, katanya.

Menurutnya kedua-dua kes diklasifikasi kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Komen


Berita Berkaitan