Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut terkena tembakan pemburu

1:28pm 15/09/2016 Pak Roshan 408 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Douglas menunjukkan dua laras bakakuk yang dirampas sebagai bahan bukti.

Douglas menunjukkan dua laras bakakuk yang dirampas sebagai bahan bukti.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun maut terkena tembakan oleh pemburu yang sedang memburu di salah sebuah kawasan hutan di daerah Nabawan.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritenden Polis DSP Douglas Taong berkata, menurut aduan pengadu, beliau bersama rakannya telah masuk ke kawasan hutan berhampiran di salah sebuah kampung di daerah itu lebih kurang jam 4.00 petang pada Isnin.

Semasa sedang menunggu binatang lalu, pengadu dan rakannya telah mendengar bunyi ranting kayu patah di kawasan semak lebih kurang 20 meter dari tempat mereka menunggu tiba-tiba melihat satu benda berwarna putih yang disangka babi hutan, lalu rakan pengadu telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis bakakuk, kemudian dengar suara orang menjerit.

“Pengadu dan rakannya yang juga suspek kemudian pergi ke arah suara tersebut dan mendapati seorang lelaki telah terkena tembakan dikenali sebagi Uwing Bin Ahim dari kampung yang sama,” katanya dalan sidang media di IPD di sini pada Selasa.

Douglas berakata, kedua-dua suspek telah cuba membawa keluar untuk ke hospital tetapi tidak berjaya membawa mangsa keluar. Kedua-dua suspek kemudian terus ke Balai Polis Nabawan, menyerah diri dan membuat laporan serta mendapatkan bantuan daripada pihak polis.

Siasatan polis mendapati kedua-dua suspek telah meninggalkan mangsa di dalam hutan dan pada hari yang sama lebih kurang 8.05 malam bertempat di perkarangan Balai Polis Nabawan, pihak polis telah menahan dua lelaki yang masing-masing berumur 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Katanya, tangkapan dan barang rampasan sebagai bukti dua laras senapang bakakuk buatan sendiri, satu kelongsong peluru, satu butir peluru hidup dan sebuah telefon bimbit jenama OPPO dibawa ke Balai Polis Keningau. Sementara itu katanya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital Keningau untuk bedah siasat kemudian di hantar ke Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu pada pada Rabu (14 September).

“Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari mulai 13 hingga 19 September untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960” jelasnya.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan suspek boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori dan bagi kesalahan Seksyen 37 Akta Senjata 1960 suspek dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan