Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

9:16am 10/08/2016 Leolerry Lajius 3631 views Tempatan
Mayat mangsa yang ditemui di kawasan bakau di lokasi kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui di kawasan bakau di lokasi kejadian.

SANDAKAN: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian yang berlaku di Wisma Hap Seng, di sini, kelmarin.

Mangsa yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui di kawasan bakau berhampiran dengan Wisma Hap Seng berkenaan.

Menurut pihak bomba, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.18 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 8 kilometer itu pada jam 8.32 pagi.

Operasi yang melibatkan 11 orang anggota bomba, 12 orang anggota Polis Diraja Malaysia serta 2 orang anggota SESB tamat pada jam 9.02 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan