Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Tawau

maut1
Gambar Hiasan

TAWAU – Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya di perkampungan atas air Hidayat, Batu 4 di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 6.26 petang dan tujuh anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lolasi kejadian mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah rumahnya dan dipercayai telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya mangsa yang dikenali sebagai Mohd Aris Deleon, 34, dikatakan sedang mengumpul tin di bawah kolong rumah berkenaan sebelum terkena wayar elektrik yang dipasangkan di bawah rumah berkenaan.

“Mengikut ahli keluarga, mangsa kurang siuman dan sudah menjadi kebiasaan memungut tin di bawah kolong rumah mereka,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan