Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut terkena renjatan dari penyambungan elektrik haram

4:06pm 23/08/2016 Leolerry Lajius 170 views Kota Kinabalu,Tempatan
Mayat mangsa yang ditemui orang ramai.

Mayat mangsa yang ditemui orang ramai.

MANGGATAL: Satu mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik akibat dari penyambungan haram ditemui oleh orang awam di kawasan Bukit Kampung Numbak,kelmarin.

Mangsa Dudi Bin Pilun, 36, ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan rentung separuh badan dibahagian pinggul sehingga kaki.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, hasil siasatan mendapati mangsa telah keluar rumah pada 19 Ogos lalu untuk mencari kayu di kawasan berdekatan dan tidak pulang ke rumah. Menurut Ibunya, Si mati selalu pergi ke kawasan bukit Kampung Numbak mencari kayu untuk dijual.

“Semasa mayat dijumpai didapati tiada kesan pergelutan dan kecederaan pada bahagian fizikal mangsa. Punca kematian disyaki telah terkena renjatan elektrik akibat dari penyambungan elektrik haram di kawasan tersebut dan mayat dalam keadaan rentung dibahagian pinggul sehingga kaki,”katanya.

Mangsa tinggal di Kampung Sabang Manggatal bersama-sama isteri dan enam orang anaknya. Mangsa juga tidak mempunyai pekerjaan dan hanya mencari kayu untuk dijual di kawasan kampung.

Mayat mangsa seterusnya di bawa ke Unit Forensik Hopsital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan