Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki maut terkena bom ikan buatan sendiri

 

Mangsa terbaring berlumuran darah di belakang kediamannya selepas terkena bom ikan buatan sendiri. Gambar SNT/Ehsan IPD Keningau

TAMBUNAN: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas bom ikan buatan sendiri meletup di Kampung Lotong di sini pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu mengakibatkan Bernardine Francis, 40, meninggal di tempat kejadian.

Katanya, pengadu yang sedang bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Tambunan telah menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 8.17 malam memaklumkan bahawa dua orang lelaki terkena letupan disyaki jenis bom ikan buatan sendiri di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

“Pada jam 11.39 malam, pengadu membuat laporan polis dan seterusnya tiga anggota Balai Polis Tambunan dan dua lagi anggota polis Keningau telah bergegas ke lokasi.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tambunan,” katanya dalam satu kenyatan.

Tambahnya, hasil siasatan awal, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam yang mana menurut isteri mangsa yang sedang menidurkan anaknya tiba-tiba terdengar satu letupan kuat di belakang rumah.

Katanya, isteri mangsa terus berlari ke belakang rumah dan mendapati suami serta seorang rakan suaminya telah terbaring berlumuran darah.

“Daripada siasatan yang dibuat, terdapat luka di bahagian dada, paha dan leher mangsa.

“Manakala rakan suaminya cedera di bahagian tangan kiri dan kanan, kaki patah dan luka-luka di bahagian mulut mangsa.

“Menurut isteri mangsa, beliau tidak pernah melihat suaminya membuat bom yang disyaki bom ikan,” jelasnya.

Lee yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah menjelaskan, siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan