Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat Lima Menara MPS

Foto Ihsan Pembaca

 

SANDAKAN : Seorang pekerja kantin sekolah di sini maut selepas terjatuh dari tingkat lima Menara MPS di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Hamin berkata mangsa dikenali sebagai Sarif Hoidey bin Aidaulus, 19, yang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya mangsa berpakaian baju Melayu dan berselipar ketika jatuh dari bangunan itu kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya polis mengklafikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan