Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut tercampak dari permainan

9:44am 25/02/2016 Pak Roshan 1220 views Global
SEDUTAN video menunjukkan seorang lelaki tercampak ketika menaiki sebuah permainan di China.

SEDUTAN video menunjukkan seorang lelaki tercampak ketika menaiki sebuah permainan di China.

Beijing: Seorang lelaki maut selepas tercampak dari sebuah permainan yang dinaikinya di sebuah taman tema di bandar Sanmenxia, China baru-baru ini.

Lelaki yang tidak dikenali itu dilaporkan menaiki permainan berkenaan di taman tema Yangshao di wilayah Mianchi pada Isnin lalu.

Satu rakaman video yang dirakam seorang pengunjung menunjukkan permainan berkenaan berpusing-pusing sebelum lelaki itu tercampak dari tempat duduknya.

Lelaki itu dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas terhempas di lantai.

Mangsa dilaporkan tercampak dari kerusi selepas tali keselamatan yang dipakainya putus ketika permainan itu berpusing.

Kemalangan itu berlaku beberapa hari selepas seorang remaja maut akibat tercampak ketika menaiki permainan kapal lanun di sebuah lagi taman tema di China.

Remaja berusia 19 tahun itu dilaporkan menaiki permainan berkenaan di sebuah pesta di kampung Jiaguang di wilayah Hebei.

Saksi berkata, ketika kapal itu berayun ke depan dan belakang, remaja berkenaan yang dipercayai mabuk tiba-tiba berdiri.

Remaja itu jatuh ke bawah sebelum digilis permainan berkenaan beberapa kali.

Media tempatan memberitahu, remaja itu mati di tempat kejadian dan dalam keadaan mengerikan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan