Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut, seorang parah jentera berat jatuh gaung

11:26pm 25/07/2016 Pak Roshan 1566 views Mutakhir,Ranau,Tempatan

 

KEADAAN jentera berat yang terhumban ke dalam gaung di Kampung Paus, Ranau, petang tadi. - Foto Ihsan JBPM Sabah

KEADAAN jentera berat yang terhumban ke dalam gaung di Kampung Paus, Ranau, petang tadi. – Foto Ihsan JBPM Sabah

RANAU: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi parah selepas jentera berat dikendalikan mereka terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Tangki dekat Kampung Paus, di sini, petang tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, jentera berat jenis grader terbabit terjatuh ke dalam gaung ketika kedua-dua mangsa dipercayai mengendalikan jentera berkenaan bagi pembinaan jalan raya.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Bomba Khatizah Rahaban, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.09 petang.

“Enam anggota dan dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ranau tiba di lokasi pada jam 4.24 petang berikutan jarak lokasi yang jauh iaitu 58 kilometer.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala eorang lagi yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan awam.

“Operasi tamat pada jam 5.12 petang,” katanya di sini, sebentar tadi. – BH Online

jatuhloba1.transformed

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan