Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut selepas tikam, bakar penumpang

1:10pm 15/08/2016 Pak Roshan 21 views Global
POLIS mengawal keselamatan ketika petugas membersihkan tempat kejadian. - Reuters

POLIS mengawal keselamatan ketika petugas membersihkan tempat kejadian. – Reuters

Berlin: Seorang lelaki warga Switzerland mencederakan enam orang termasuk dirinya sendiri selepas membakar dan menikam penumpang di dalam sebuah kereta api di timur laut negara ini.

Polis di St. Gallen berkata, penyerang terbabit akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas diberi rawatan di hospital.

Seorang mangsanya, wanita berusia 34 tahun turut dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian berlaku petang Sabtu (waktu tempatan) ketika kereta api itu menghampiri stesen di Salez, berhampiran sempadan Liechtenstein.

Menurut jurucakap polis Bruno Metzger, suspek berusia 27 tahun itu bersenjatakan pisau dan cecair mudah terbakar yang dicurahkan ke atas seorang wanita sebelum terbakar apabila terdedah kepada oksigen.

Mangsa lain yang cedera kanak-kanak berusia enam tahun, dua wanita berusia 17, dan 43, serta dua lelaki berusia 17 dan 50 tahun. Ada mangsa dalam keadaan serius, tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Polis kini sedang menyiasat motif penyerang.

Laman sesawang portal berita Switzerland, 20 Minuten melaporkan polis tidak percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan pengganas.

Kerosakan dialami kereta api itu dianggarkan berjumlah 100,000 Swiss francs (RM414,000).

Serangan hampir sama berlaku pada Julai lalu apabila pelarian Afghanistan berusia 17 tahun bersenjatakan kapak dan pisau menyerang empat pelancong dalam kereta api di Jerman. Polis menembak mati penyerang terbabit. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan