Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut, rakan parah kereta rempuh pokok

6:42pm 19/05/2017 Pak Roshan 5600 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KERETA Proton Saga FLX dinaiki seorang lelaki dan rakan remuk selepas merempuh pokok di Jalan Coastal, berhampiran Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. – Foto ihsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh pokok di Jalan Coastal, berhampiran Sutera Harbour Resort di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, Amiljon Musid, 40, yang memandu kereta Proton Saga FLX meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang hadapan, Karangan Juhuri, 51, patah bahu kanan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa memandu dari arah pusat bandar raya menuju ke Kepayan.

Katanya, ketika tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa dipercayai gagal dikawal lalu terbabas ke kanan dan melanggar pokok di pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu yang cedera parah di beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) manakala penumpang hadapan parah di bahagian bahu kanan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan