Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Motosikal Ditunggang Langgar Lori Di Tawau

motor

TAWAU:  Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori di Jalan Sungai Imam, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa Mazalan Boney, 29, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kaki, tangan dan kepala.

“Semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari pusat bandar menuju ke Kampung Sungai Imam dan apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Awang Besar berkata pihaknya sedang mengesan pemandu lori terbabit yang dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu.

Komen


Berita Berkaitan