Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Motosikal Ditunggang Langgar Kereta Di Tawau

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah kereta di persimpangan Jalan Salleh-Jalan Dominic, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Khairudding Lamang, 47, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tawau akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

“Semasa kejadian mangsa dipercayai hendak keluar dari simpang tiga berkenaan sebelum merempuh bahagian sisi sebuah kereta pacuan empat roda yang datang dari arah sebelah kanan persimpangan tersebut,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan