Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Motosikal Bertembung Kereta Di Tawau

6:38pm 26/02/2016 Pak Roshan 514 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bunga Raya, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus dalam kenyataannya hari ini berkata Mohammad Syafiq Syukur, 21, meninggal dunia di Hospital Tawau pada 12.45 malam tadi.

Menurut Fadil dalam kejadian pada 10.55 pagi itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke Taman Jambu.

“Motosikal yang ditunggang Mohammad Syafiq memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kereta berkenaan,” katanya.

Fadil berkata, ekoran pelanggaran itu, mangsa tercampak ke belukar di kiri jalan manakala motosikalnya diseret sejauh hampir 10 meter.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan