Mangsa, Welcher Seronda Serilo, 32, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala manakala pemandu lori iaitu Darman Mohd. Bolong, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata,

siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat kecuaian mangsa (penunggang motosikal).

“Kejadian berlaku pada pukul 1.40 petang ketika pemandu lori dari Jalan Timur menuju ke kuari Batu 9 Jalan Apas.

“Apabila sampai di Jalan Tiku di satu selekoh, tiba-tiba sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah bulatan Batu 4 telah masuk ke laluan lori lalu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadil, selepas kemalangan, topi keledar mangsa telah tertanggal dan mangsa telah tercampak di tengah jalan dengan keadaan tertiarap bersama motosikalnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE