Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki maut ketika kutip tin, botol

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa maut terkena renjatan elektrik ketika sedang mengutip tin dan botol di kawasan rumahnya. - foto ihsan JBP Tawau
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa maut terkena renjatan elektrik ketika sedang mengutip tin dan botol di kawasan rumahnya. – foto ihsan JBP Tawau

TAWAU – Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai semasa sedang leka mengutip tin dan botol di rumahnya di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas di sini semalam.

Mangsa, Mohd Aris Deleon 35, difahamkan terkena renjatan elektrik akibat terdapat penyambungan elektrik di bawah rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.42 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan tujuh anggota.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba bertindak bagi memastikan tiada arus elektrik dan bertindak mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Razali, mangsa yang meninggal di tempat kejadian berjaya dikeluarkan dalam operasi itu dengan bantuan kakitangan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) beberapa jam selepas kejadian tersebut. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan