Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Kereta Dipandu Langgar Pokok Sawit

Foto Ihsan Pembaca

 

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki bersama rakan terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu-Tawau, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata mangsa maut adalah pemandu, Jumain Jumiran, 32 akibat cedera parah di bahagian rusuk sebelah kanan dan kepala dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu.

Manakala penumpang hadapan berusia 23 tahun hanya cedera ringan di kaki kanan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di kawasan jalan selekoh apabila pemandu (si mati) hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kanan sehingga terlanggar pokok kelapa sawit lalu terbalik

“Kedua-dua mangsa kemalangan semasa dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu mangsa cedera ringan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Lahad Datu untuk mendapat rawatan lanjut.

Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan