Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LELAKI MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI DI JALAN MEROTAI TAWAu

pic-33
TAWAU: Seorang lelaki maut apabila keretanya bertembung sebuah lori di Bukit Gemok, Jalan Merotai-Tawau di sini kira-kira jam 1 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata Mohd Mansur Indrasaya, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala, dada dan perut.

“Siasatan mendapati semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Merotai Besar ke bandar Tawau dan apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sisa pemprosesan haiwan ternakan dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Awang Besar berkata pihaknya kini mengesan pemandu lori terbabit yang dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan.

Komen


Berita Berkaitan