Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut kereta bertembung lori‎

5:32pm 13/09/2016 Pak Roshan 6038 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

SANDAKAN – Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan lori di Batu 20 Jalan Labuk, hari‎ ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata, mangsa Jalani Bacok, 61, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sandakan di sini,‎ manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari dan siasatan awal‎

 mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa, dari arah Bandar Sandakan menghala

ke Batu 30 Jalan Labuk, bertembung lori yang gagal memasuki laluannya semula selepas cuba memotong kenderaan di hadapannya.

Menurut Zabidi, mangsa telah dibawa ke Hospital Sandakan menaiki ambulans yang kebetulan lalu di tempat kejadian ketika membawa pesakit dari Hospital‎ Kinabatangan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan‎ 1987. ‎ – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan