Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut kerana terjun dari bangunan Center Point

10:21pm 22/03/2016 Leolerry Lajius 11640 views Tempatan
Keadaan mayat mangsa ketika kejadian tersebut

Keadaan mayat mangsa ketika kejadian tersebut

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut kerana dipercayai bunuh diri di kompleks beli belah Center Point, di sini, petang tadi.

Saksi kejadian telah memaklumkan kepada pengadu yang juga seorang anggota polis yang sedang bertugas di Pondok Polis, Warisan Square kira-kira jam 5.20 petang tadi dengan menyatakan ada orang terjun daripada bangunan Centre Point berhampiran dengan Public Bank.

Pengadu kemudiannya telah pergi ke tempat kejadian dan apabila sampai telah mendapati seorang lelaki terbaring tidak bernyawa. Tiada dokumen pengenalan diri di temui pada badan dan pakaian mangsa.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu SUPT. Mohd Azhar Bin Hamin, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, seorang saksi bersama seorang kawan berjalan masuk ke dalam bangunan Centre Point dan tiba-tiba telah terdengar bunyi kuat seperti bunyi dentuman dari arah belakang.

“Saksi dan kawannya kemudian berpusing dan nampak seorang lelaki sudah terbaring lebih kurang 5 langkah daripada kedudukan saksi. Saksi kemudiannya telah meminta bantuan orang ramai untuk memaklumkan kejadian ini kepada pengadu.”

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mendapatkan butir-butir diri mangsa tetapi masih gagal. Tiada saksi yang nampak kejadian mangsa terjun daripada bangunan Centre Point,”katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan melalui CCTV bilik kawalan keselamatan bangunan Centre Point mendapati imej mangsa di lihat berlegar-legar seorang diri di kawasan tempat letak kenderaan Tingkat 6 sebelum imej mangsa hilang dan dipercayai telah terjun ke bawah.

Mangsa telah di hantar ke Forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk bedah siasat. Siasatan lanjut diteruskan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan