Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki maut kerana bunuh diri

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 53 tahun ditemui mati kerana dipercayai membunuh diri di salah sebuah hotel di Jalan Lintas di sini, kelmarin.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah DSP Rosdi Mat Jusoh, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pihak hotel, mangsa seorang warga tempatan berbangsa cina dan berasal dari Miri Sarawak menginap di hotel tersebut bersama rakannya atas tujuan hendak berubat di negeri ini.

“Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian dan semasa sampai ke tempat kejadian didapati mangsa seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring di atas jalan bahagian belakang kawasan hotel dengan kecedaraan parah di bahagian belakang kepala.”

“Saksi di tempat kejadian turut memaklumkan ada ternampak mangsa telah naik ke tingkat 11 tanpa diketahui tujuannya,”katanya.

Rosdi turut menyatakan, setakat ini siasatan yang dijalankan tidak ada unsur-unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Doktor yang bertugas di lokasi kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan