Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Kenderaan Pacuan Empat Roda Dipandu Bertembung Lori

11:53pm 22/11/2015 Pak Roshan 526 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

PAPAR : Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM31 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, Sabtu petang.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP George Rakman berkata mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira 6.20 petang itu dikenali sebagai Lewis Paulis, 57, manakala pemandu lori berumur 33 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Papar mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

George berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu dari arah Kota Kinabalu itu, dikatakan memasuki lorong kanan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati di jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan