Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,819

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut jentera berat terbabas

9:42am 15/11/2016 Pak Roshan 1211 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

bomba1

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki disahkan maut selepas jentera penggelek jalan terbabas dari kawasan pembinaan di Jalan Bukit Kokol di sini petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Davines Lukas, 36, disahkan meninggal dunia semasa menjalankan kerja pembinaan di lokasi kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Affendy K Ramin berkata, jentera penggelek jalan berkenaan terbabas jatuh dari kawasan pembinaan.

“Impak kejadian menyebabkan seorang mangsa lelaki tersepit di dalam jentera terbabit.

“Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas bomba,” katanya.

Affendy berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa dan pihak ambulans mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat jam 5.10 petang.

Katanya, operasi sejauh 13 kilometer dijayakan seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rozam Shah. – UtusanBorneo Online

bomba2 bomba3 bomba4

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan