Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Maut, Isteri Parah Dilanggar Penunggang Motosikal Mabuk Di Telupid

6:32pm 02/03/2017 Pak Roshan 2975 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

gambar hiasan

BELURAN : Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar seorang penunggang motosikal mabuk di Jalan Kampung Melapi Telupid semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata mangsa berusia 47 tahun itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala isterinya yang berusia 43 tahun kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Beliau berkata kejadian kira-kira 5 petang itu berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan membeli barang di sebuah kedai tidak jauh dari kampung itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu menunggang motosikal dalam keadaan mabuk lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggangi pasangan suami isteri itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat dan sampel darah diambil daripada lelaki yang melanggar motosikal pasangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan