Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut gantung diri

7:52pm 25/11/2015 Leolerry Lajius 387 views Jenayah,Mutakhir

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijumpai mati tergantung dalam bilik sebuah rumah di Taman Winley, Jalan Kepayan  oleh pihak polis selepas mendapat makluman dari seorang pengadu.

Mangsa Wong Chin Vui, 48 tahun menggantung dirinya dengan menggunakan tali dan dawai pagar yang direntangkan di atas sebatang palang besi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu DSP Yong Thien Foh, mangsa  berkerja membina rumah pengadu yang telah dimaklumkan oleh mangsa bahawa rumah tersebut telah boleh didiami.

“Pengadu telah dimaklumkan bahawa rumah itu telah boleh didiami namun apabila pengadu datang ke rumahnya, pengadu telah menjumpai mangsa tergantung di rumah tersebut,”katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

tali

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan