Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut ditikam abang angkat

3:00pm 02/05/2016 Leolerry Lajius 2892 views Jenayah,Tempatan
Rumah tempat kejadian berlaku.

Rumah tempat kejadian berlaku.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 19 tahun  maut apabila ditikam rakannya dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Rampayan, Manggatal, kelmarin.

Pihak polis telah menerima makluman mengenai kejadian tersebut lebih kurang jam 11.30 malam semalam dan selepas sahaja menerima makluman, sepasukan Pegawai Penyiasat Jenayah telah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan mendapati rumah tempat  kejadian tikam dan mati ini adalah merupakan sebuah rumah setinggan serta mempunyai sebuah bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, rumah ini didiami oleh seorang lelaki tempatan berbangsa Bajau bersama isteri dan dua  orang anak kecil.

Tuan rumah ini juga ada membenarkan dua  orang penghuni lain untuk menumpang tinggal di rumahnya iaitu anak saudara isterinya (si mati) sejak setahun yang lalu dan abang angkatnya (suspek) sejak sebulan yang lalu. Manakala si mati dan suspek tidak mempunyai apa-apa hubungan kekeluargaan.

“Ketika kejadian saksi yang merupakan tuan rumah tersebut, telah terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising diruang tamu rumahnya dan apabila saksi keluar dari bilik tidurnya, telah melihat suspek sedang memegang sebilah pisau manakala si mati terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur, bersebelahan ruang tamu.”

“Melihat kejadian tersebut, saksi terus memeluk suspek daripada bertindak lanjut dan dengan bantuan jiran, suspek berjaya ditangkap,”katanya.

Mayat mangsa  telah di hantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu bagi tujuan Post Mortem.

Motif kejadian setakat ini belum dapat disahkan. Siasatan lanjut akan disahkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan