Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Maut Dihempap Kayu Balak

loribalak

KENINGAU: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dihempap kayu balak yang jatuh dari lori pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Robert Salisip mengesahkan kejadian tersebut dan berkata mangsa dikenali sebagai Sirajudin Bin Halim, 36 tahun meninggal di tempat kejadian.

Katanya kejadian berlaku semasa mangsa yang merupakan jurugegas bersama pemandu menukar lori yang rosak dan memisahkan treler daripada kepala lori.

Difahamkan selepas memisahkan kepala lori dan treler, mangsa dihempap treler yang sarat dengan muatan kayu balak.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan mangsa mati kerana kecederaan teruk di kepala.

Komen


Berita Berkaitan