Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Khairul Hisyam Sham Hari, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas bergesel dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios sebelum terbabas dan digilis sebuah lori jenis Nissan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah akibat daripada kemalangan tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.- UTUSAN ONLINE