Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,717

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki maut dibaham buaya ketika menangkap ikan

11:23am 06/10/2016 Leolerry Lajius 10282 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Lokasi terakhir mangsa.

Lokasi terakhir mangsa.

KOTA MARUDU:Seorang lelaki maut kerana dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang menangkap ikan di Sungai Langkon Baru, di sini.

Mayat mangsa, Herry Long, 28, telah ditemui oleh orang awam di kawasan Marudu Darat iaitu 1 kilometer dari lokasi terakhir mangsa.

Menurut pihak bomba, Balai Bomba Kota Marudu telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 12.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 10 kilometer itu pada jam 2.08 pagi.

Pihak bomba juga mengalami kesulitan untuk sampai ke lokasi kerana tiada jalan masuk untuk sebarang kenderaan dan terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk sampai ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 2.30 disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik dan faktor keselamatan anggota.

Operasi SAR  diteruskan pada pagi tadi dengan pencarian dilakukan sepanjang sungai iaitu 1 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dan pada jam 9.15 pagi tadi mayat mangsa telah ditemui.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Mayat mangsa yang ditemui orang awam 1 kilometer dari lokasi terakhir mangsa.

Mayat mangsa yang ditemui orang awam 1 kilometer dari lokasi terakhir mangsa.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan