Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki maut bila kereta terjunam dalam sungai, rakannya cedera parah

REMUK ... keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
REMUK … keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

KENINGAU: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sungai dalam kemalangan di kilometer 2, Jalan Keningau – Apin-Apin lebih kurang jam 10.30 malam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Taong berkata, mangsa yang maut dikenali Danel Alixander 21, dari Kg. Bariawan Laut, Keningau meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Manakala lelaki yang cedera parah seorang penumpang dikenali Kelly Joe Eson 21, dari Kampung Bulusilau, Keningau.

Katanya, kedua-dua mangsa telah di hantar ke Hospital Keningau untuk tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.

“Hasl siasatan awal yang telah dijalankan, mangsa iaitu pemandu kenderaan bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Apin-Apin menuju ke Pekan Keningau. Apabila sampai di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di jambatan lalu terjunam ke dalam sungai” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Katanya, keadaan di tempat kejadian adalah jalan lurus, berturap, garisan putih memanjang, terdapat Jambatan, cuaca baik dan keadaan gelap.

Siasatan dijalankan dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu kenderaan terlibat telah ditahan di balai dan akan dihantar ke PUSPAKOM menjalani pemeriksaan. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan