Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki mati disahkan gelandangan

8:40pm 16/06/2016 Pak Roshan 6744 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki yang ditemui terbaring di perhentian bas di Bandar Maju, di sini, kira-kira jam 3 petang semalam, dipercayai gelandangan yang kerap dilihat orang ramai.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain, berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui bersama pakaian, makanan dan sedikit wang tunai.

Berdasarkan maklumat orang ramai, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu kerap dilihat berada di perhentian bas berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Orang ramai cuma menyedari lelaki berkenaan meninggal dunia petang semalam selepas melihatnya terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Bedah siasat akan dilakukan hari ini di Hospital Duchess of Kent,” katanya di sini, sebentar tadi.

Semalam, BH Online melaporkan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah perhentian bas di Bandar Maju Jaya, di sini oleh orang ramai.

Laporan mengenai penemuan itu diterima polis kira-kira jam 3 petang semalam, namun identiti mangsa tidak dikenali kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan