Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki mati di rumah sewa

lelaki mati

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui mati didalam rumah sewanya di Kampung Tengah Sembulan kelmarin.

Peter Jusir berasal dari Kampung Langkawit Kimanis dipercayai mati sejak tiga hari lepas sebelum mayat dijumpai rakan serumah pada kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Simati telah menyewa rumah tersebut sejak 20 tahun lepas dan dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

Ketua Polis Bandaraya ACP M. CHandra berkata simati ditemui dalam keadaan tertiarap di atas lantai dan dipercayai telah meninggal dunia sejak Ahad.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya lagi

Komen


Berita Berkaitan