Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki mahu bakar pesawat

pesawat

Beijing: Seorang lelaki yang cuba memulakan kebakaran di atas sebuah pesawat penerbangan China menggunakan minyak tanah dan pemetik api, berjaya dihalang penumpang lain serta anak kapal.

Stesen televisyen CCTV melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi di atas pesawat Shenzhen Airlines dari Taizhou ke Guangzhou membawa 85 penumpang.

Kejadian itu menyebabkan juruterbang membuat panggilan kecemasan dan pesawat berkenaan diarah ke lapangan terbang di Guangzhou. Sebaik mendarat semua penumpang serta sembilan anak kapal keluar dari pesawat menggunakan tangga lungsur.

Laporan itu menyatakan dua cedera manakala lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan