Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki mabuk langgar penunggang motosikal

3:32pm 18/10/2016 Pak Roshan 16219 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KELIHATAN kereta yang dipandu oleh lelaki mabuk itu di laluan melawan arus.

KELIHATAN kereta yang dipandu oleh lelaki mabuk itu di laluan melawan arus. – Foto : NewSabahTimes

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dan memandu dalam laluan melawan arus (bertentangan) sebelum berlanggar sebuah motosikal.

Ketua Polis Bandaraya, ACP M Chandra berkata akibat perlanggaran itu lelaki yang menunggang motosikal itu telah terbuang dari motosikalnya dan mengalami cedera parah.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin berdekatan dengan persimpangan Jalan UMS ketika pemandu kereta itu sedang menuju ke bandaraya dan penunggang motosikal berusia 36 tahun itu menuju laluan betul.

“Dari siasatan menunjukkan pemandu kereta itu berada di laluan kanan tetapi masuk ke jalan kiri selepas lampu trafik UMSmembuatkan keretanya berlanggar dengan motosikal itu.

“Kemalangan ini akibat kecuaian pemandu kereta kerana memandu dalam keadaan mabuk membuatkan dia memandu di laluan yang tidak sepatutnya dan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Penunggang motosikal itu telah dihantar ke hospital dan mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Chandra berkata kes ini disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Sementara itu, menurut rakan-rakan mangsa penunggang motosikal itu merupakan seorang pegawai kanan di Lembaga Hasil Dalam Negeri berpangkat Penolong Pengarah Cawangan Kota Kinabalu.

Mangsa yang berasal dari Sarawak baru sahaja dipindahkan dari cawangan LHDN Tawau beberapa bulan lalu. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan