Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki mabuk jadi ‘Superman’

superman mabuk

Suqian (China): Seorang lelaki mabuk yang terpaksa berpura-pura menjadi ‘Superman’ bagi

menghentikan tindakan seorang kanak-kanak menjerit, ditangkap selepas cedera setelah terjun dari

sebuah bangunan apartmen dengan hanya berseluar dalam.

Tang Lei, 25, memberitahu polis di Suqian, dia memecah masuk sebuah rumah di apartmen

berkenaan selepas minum bersama beberapa kawan.

Katanya, dia menyangka rumah itu kosong.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila anak tuan rumah itu terjaga.

“Untuk memastikan dia tidak menjerit, saya memberitahunya akan terbang pulang ke tempat asal

saya.

“Dia tidak percaya dan memberitahu saya, ‘jika anda Superman, buktikan anda boleh terbang atau

saya akan menjerit.

“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya menanggalkan pakaian sehingga tinggal seluar dalam serta

berjalan ke tingkap.

“Saya lihat ada bumbung di bawah dan yakin saya boleh terjun ke situ,” kata Tang di hospital.

Polis kemudian menemuinya dalam keadaan luka. Dia kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun

jika didapati bersalah atas tuduhan merompak. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan