Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki kemalangan tidak jauh dari lokasi isteri maut

isterimaut

MIRI: Seorang lelaki nyaris maut setelah dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan se­buah stesen minyak berham­piran Restoran Boulevard di Jalan Pujut-Lutong di sini, malam kelmarin.

 

Mangsa yang dikenali se­bagai Upek Usan, 48, dari Ulu Baram bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan.

 

Difahamkan, lokasi mangsa dilanggar terletak kurang 100 meter dari tempat isterinya maut setelah dilanggar sebuah bas ketika melintas jalan di hadapan pejabat Sarawak Energy pada 9 Oktober ta­hun lalu.

 

Terdahulu, menurut sum­ber, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu, mangsa dikatakan sedang melintas jalan di kawasan hadapan stesen minyak berk­enaan untuk pergi ke seberang jalan.

 

Tiba-tiba, dia telah dilang­gar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki Cina. Akibat kemalangan itu, mangsa terpelanting ke bahu jalan.

 

Sementara itu, menurut pemandu terbabit, ketika se­dang melalui jalan berkenaan, tiba-tiba dia ternampak keli­bat seseorang melintas di hadapan.

“Saya cuba menekan brek sekuat-kuatnya untuk mengelak daripada terlanggar mangsa namun tidak berjaya kerana jarak terlalu dekat. Mujur mangsa tidak men­galami kecederaan parah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

 

Mangsa yang cedera kemu­dian dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan segera.

 

Komen


Berita Berkaitan