Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Kekal Pengakuan Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Meceroboh

9:29pm 31/03/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 42 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas pertuduhan menceroboh masuk ke dalam pejabat di bengkel, September lalu.

Mohd Sawal Justin Abdullah, 35 menafikan pendakwaan yang dibacakan keatasnya hari ini dan mohon untuk dibicarakan.

Sawal didakwa melakukan kesalahan tersebut pada sekitar jam 5 petang, 20 September hingga jam 8 pagi, 21 September , tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua- duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan 13 Mei depan untuk perbicaraan manakala tertuduh diarahkan untuk terus ditahan dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan. Oleh Syafathin M. Y/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan