Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Hilang Ditemukan Lemas Di Pulau Dinawan, Kinarut

3:27pm 15/07/2016 Pak Roshan 866 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Pulau Dinawan Kinarut, dekat sini malam tadi ditemukan lemas di pesisir pantai pulau berkenaan pagi tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata mangsa Asbi Alidin, 55, warga asing ditemukan orang awam terdampar di kawasan berkenaan kira-kira 8 pagi.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 11.50 malam tadi dan 12 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai bomba Papar untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 9.05 pagi tadi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan